Assalamualaikum wbt!
MasyaAllah!
Dah lama sangat tak update blog ni.
Mungkin dah ramai pembaca lari.
Tapi tak mengapa, ada masa terluang sedikit hari ni.
Hello pembaca! Mungkin masih tidak terlambat untuk mengucapkan
Ramadan Eid Mubarak?
Macam-macam yang Melda nak update sebenarnya, gambar-gambar di Yogyakarta
bersama mak tempoh hari barangkali dah basi dalam pendrive.
InsyaAllah Melda akan update later!
Apa khabar? Hows life?
Kalau awak tanya saya, Ive been great!
Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah bagi semenjak berhijab ni,
memang segalanya seems great :)
Kalau ada yang tak tahu, Melda dah jadi usahawan online sekarang. hehe :)
Macam ini ceritanya, mula-mula Melda ke dentist,
bagi Melda, gigi Melda tak cantik, perlu di beri rawatan.
Tapi doktor menyangkal dakwaan tersebut.
Apa yang di lakukan hanyalah proses cucian biasa.
*Sigh.
Diri ini teringin nak pakai braces dek melihat senyuman pemakai braces yang comel2 tu!
Bagi Melda si pemakai braces ni nampak sweet dan rajin untuk senyum.
Yes, that was my point of view.
Jadi Melda berusaha mana nak dapatkan 'fake braces'. ADA KE FAKE BRACES?
Usaha tangga kejayaan!
Melda pun jumpa seorang supplier ni, sangat baik orangnya dan sudah berkeluarga.
Melda pun dah pernah jumpa supplier ini walaupun harus merentasi selat melaka.
Hubungan baik dan kepercayaan itu harus di bina lagi-lagi when it comes to business.
Alhamdulillah, through paypal orang US pun dah beli produk Melda! :D
Kalau ada yang berminat bolehlah singgah blog Braces Faces ya!
Semenjak bertudung ni, memang Melda cenderung kepada Muslimah Apparel.
Even sebelum bertudung pun kalau sesiapa yang mengenali Melda, mereka tahu Melda suka pakaian yang simple sahaja. Tshirt warna kosong bersama straightcut jeans sahaja selalu disarung. Same goes to shawl/tudung. Melda lebih suka yang plain. Tapi, sekarang dah mula berjinak-jinak dengan motif corak-corak. Az-tec is my fav! Sincerelybyus punya banyak koleksi corak paisley atau di gelar sebagai 'MANGA'. Kalau pakai je shawl mereka, mesti ada mata-mata yang memerhati dan ada juga yang akan bertanya "Beli kat mana?" hehe. Oh Melda juga ada usahakan satu komuniti hijab yang di panggil Hijablista. Hijablista ini bertujuan untuk menggalakkan remaja terutamanya untuk mula mencuba memakai hijab. Dengan Hijablista ni, ada jugak job sampingan yang Melda lakukan seperti 'Hijab Styling' dan juga mencari mereka yang bertudung untuk menjadi Model Hijab di majalah.
Jadi itu sahajalah yang boleh Melda update. Melda ada tulis lirik jugak. Ramai yang tanya tak nyanyi dah ke? Mungkin Allah tak izinkan buat masa sekarang. Selamat berpuasa semua!
Love,
MA
1 Comments
Teringin pula rasanya nak jadi model hijab kak Melda. Hihi
ReplyDelete